10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES - Glam Malaysia

10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES

 

CANNESxx
 
Hamparan permaidani merah di festival filem antarabangsa ini dikatakan lebih glamor berbanding Oscar. Bintang-bintang yang melewatinya tidak hanya terhad pada selebriti Hollywood sahaja tetapi turut dikongsi dengan para pelakon ternama dari negara lain. Gaun malam yang klasik kadang-kala tidak mencipta impak, maka personaliti-personaliti popular ini harus mencari kelainan agar penampilan mereka muncul mengesankan. Jika gaun yang disarungkan terlalu ringkas dan predictable, bersedialah untuk dibayangi dengan gaun-gaun lain yang lebih dramatik. Sekali pun Julia Robert yang sedang melewati permaidani merah, kehadirannya bakal dipandang mudah oleh paparazzi apabila ada bintang lain yang tampil dengan pilihan gaun lebih berani!
 
Sonam Kapoor – Ralph & Russo Couture

SONAM KAPOOR

Gaun unik Ralph & Russo Couture yang disarung bintang Bollywood ini memiliki keunikan asimetri di mana sebelah lengan direka sendat bersama cut-out di bahu manakala lengan sebelah lagi bersambung dengan fabrik lebih yang berubah menjadi train dramatik. Subtle tetapi eksperimental, tambahan ikatan di leher Kapoor menjadikan penampilannya bertambah unik.
 
Aishwarya Rai - Rami Kadi

AISHWARYA RAI

Superstar Bollywood ini tampil anggun dalam adi busana Rami Kadi yang menampilkan gaya off-shoulder. Panel berlisu di kedua-dua sisi mencipta volume yang cukup glamor. Selain kehalusan embellishment sebagai tekstur gaun, gaya solekan Aishwarya Rai turut menjadi tumpuan. Pilihan warna gincu ungu yang cukup berani membuatkan mereka yang memandangnya menoleh dua kali!
 
Araya A. Hargate – Jean Paul Gaultier Couture

See also
Penelope Cruz Sebagai Donatella Versace Untuk Versace: American Crime Story

ARAYA A. HARGATE  

Bukan semua orang mampu pull off gaun Jean Paul Gaultier Couture yang unik ini. Walaupun begitu, aktres British berdarah Thai ini masih mampu melangkah yakin dalam gaun berkenaan meskipun empunya diri bertubuh genit. Gaun yang memiliki potongan unik ini bagai berubah-ubah bentuknya apabila dilihat dari sudut-sudut berbeza. Sememangnya ramai yang terpesona dengan Hargate dan sesungguhnya tidak jemu meniliti gaun yang dipakainya!
 
Araya A. Hargate – Zuhair Murad Couture

ARAYA A. HARGATE  

Satu lagu penampilan Hargate yang menjadi bualan yakni Zuhair Murad Couture yang cukup anggun menyapu lantai. Lebih kurang sama dengan gaun Aishwarya Rai tadi, sisi dan belakangnya mencipta train yang mengimbau aura old Hollywood. Sesungguhnya aktres berusia 34 tahun ini komited dalam ‘menakluk’ permaidani merah Cannes!
 
Paz Vega - Stephane Rolland Couture

PAZ VEGA

Aktres ini tampak relaks dalam gaun Stephane Rolland Couture yang cukup ringkas tetapi unik. Dengan penggunaan fabrik sifon jarang yang memberi bayangan kepada tubuh Vega yang sungguh seksi itu, gaun tersebut turut diselitkan unsur teknikal adi busana yang cukup eksperimental pada bahagian hujung kain. Keindahannya dalam dilihat kala aktres berkenaan sedang berjalan. Gaya leher plunging yang mendedahkan decolette juga membuatkan penampilan aktres ini tambah sensual menggoda.
 
Li Yuchun aka Chris Lee – Julien Fournie Couture

See also
Pharrell Williams Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016

LI YUCHUN

Aktres dan penyanyi China, Li Yuchun atau turut dikenali dengan nama Chris Lee, mencipta buzz tersendiri di permaidani merah Cannes apabila dia melangkah masuk dalam gaun Julien Fournie Couture. Sungguh dramatik dengan gaya gaun kembang berangka krinolin, lebih menarik lagi apabila material yang digunakan laksana sintetik berkilat. Leher feminin bentuk V yang cukup rendah, lebih indah kala bersambung dengan panel baldu yang menyeimbangi gaya rambut platinumnya yang berpotongan boy-cut.
 
Kirsten Dunst – Gucci

KIRSTEN DUNST

Tampak ringkas ideanya, namun tidak semua mampu menggayakan gaun Gucci ini sebagaimana Kristen Dunst. Tampalan bunga-bunga appliqué saiz besar sememangnya mencuri tumpuan ramai dan oleh kerana Dunst sendiri memiliki aura yang kuat, dia tidak ‘ditenggelami’ gaun yang dipakai. Lebih istimewa, gaun Gucci ini ibarat compliment kepada stail peribadi Dunst yang sememangnya diketahui playful dan quirky.
 
Julianne Moore – Givenchy Couture

JULIANNE MOORE

Satu lagi gaun berani yang bukan calang-calang wanita mampu ‘membawanya’. Julianne Moore dengan yakin menggayakan gaun jarang Givenchy Couture yang memiliki tampalan sulaman berupa reptilia di mana dua kepala ular bersilang melitupi dadanya. Gaun ini cukup berani dan lebih hebat lagi si pemakainya yang begitu yakin mencipta statement fesyen lain dari yang lain!
 
Blake Lively – Atelier Versace

See also
Kritikan Kendall Jenner Megundang Amarah Model Antarabangsa

 

BLAKE LIVELY
Untuk seorang wanita yang sedang berbadan dua, Blake Lively jelas sekali enggan kalah gaya. Salah satu daripada penampilannya adalah dalam gaun biru Atelier Versace dengan potongan seksi menuruti tubuh berserta train dari bahunya yang sungguh dramatik meleret dari jauh. Mengandung buat kali kedua, Lively begitu bangga menayang baby bump malah amat yakin sekali hinggakan serinya terpacar jelas dari raut wajahnya.
 
Kendall Jenner – Cavalli Couture

KENDALL JENNER

Model-of-the-moment, Kendall Jenner membuat penampilan sulungnya di Cannes dan dia memastikan setiap gaun yang disarungkan mencuri perhatian ramai. Sebagai peragawati, tentu sekali gaun Cavalli Couture ini terletak cantik di atas tubuhnya. Persamaan dengan Julianne Moore, gaun jarang yang dipakai Kendall turut memiliki tampalan corak ular. Lebih seksi lagi apabila celana dalamnya sengaja ditampil menyerlah, membuatkan Kendall tampak lebih menggoda di atas karpet merah!